Rabu, 11 Jun 2014

Sekapur Sireh Pengerusi

                        Sekapur Sireh
Pengerusi Jkkk Kampung Lot Wawasan Saratok

Bismillahirahmanirahim.... Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam 1 Malaysia & Salam 1 Sarawak Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka dapatlah pihak JKKK Lot Wawasan Saratok menyertai pertandingan ADS1M. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada AJK JKKK Lot Wawasan Saratok kerana dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh telah berjaya melakukan satu kerjasama bagi menyertai ADS1M. Profil ini mengandungi data terkini dan tepat mengenai pelbagai maklumat mengenai kampung Lot Wawasan dan kependudukannya. Di dalamnya juga terdapat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti JKKK bersama penduduk kampung Lot Wawasan dan juga catatan sejarah untuk tatapan generasi akan datang. Ia merupakan satu dokumentasi media rasmi JKKK Lot Wawasan Saratok. JKKK Lot Wawasan Saratok merupakan sebuah komuniti yang telah berfungsi dengan berkesan hasil daripada komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh kepimpinannya. Kerjasama, perpaduan dan persefahaman daripada penduduk kampung amatlah dibanggakan walaupun JKKK Lot Wawasan Saratok baru ditubuhkan pada 27 September 2013. Saya bagi pihak JKKK Lot Wawasan Saratok mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Penghulu Kawasan Kampung Melango Saratok, Encik Rajali Bin Bujang yang tidak jemu-jemu memberi idea, semangat serta tunjuk ajar dalam mewujudkan JKKK Lot Wawasan Saratok ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan terutamanya Pejabat Daerah Saratok , Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Kalaka, Agensi swasta, NGO serta semangat permuafakatan semua penduduk kampung dalam mengadakan pelbagai aktiviti JKKK ini. Semoga dengan kerjasama dan komitmen ini, Lot Wawasan Saratok akan bertambah maju dan lebih dikenali di mata dunia, InsyaAllah...
 "PERMUAFAKATAN, BERWAWASAN, MAJU"
 Sekian, terima kasih.
 HAJI SARAIE BIN ISMAIL
Pengerusi
JKKK Lot Wawasan Saratok
Saratok, Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan